TIDAK
SIA-SIA SESUATU MAKSUD APABILA DISANDARKAN KEPADA ALLAH S.W.T DAN TIDAK MUDAH
TERCAPAI TUJUAN JIKA DISANDARKAN KEPADA DIRI SENDIRI.
Hikmat
yang lalu menggambarkan keadaan hamba Allah s.w.t yang mempunyai maksud yang
baik iaitu mahu mengubah dunia supaya menjadi tempat kehidupan yang sentosa,
tetapi ternyata gagal melaksanakan maksudnya apabila dia bersandar kepada
kekuatan dirinya sendiri. Allah s.w.t menyifatkan dunia sebagai tempat
huru-hara dan kekeruhan. Sesiapa yang memasukinya pasti berjumpa dengan keadaan
tersebut. Kekuatan huru-hara dan kekeruhan yang ada pada dunia sangatlah kuat
kerana Allah s.w.t yang meletakkan hukum kekuatan itu padanya. Percubaan untuk
mengubah apa yang Allah s.w.t tentukan akan menjadi sia-sia.
Allah s.w.t yang menetapkan sesuatu perkara, hanya Dia sahaja yang dapat mengubahnya. Segala kekuatan, baik dan buruk, semuanya datang daripada-Nya. Oleh yang demikian jika mahu menghadapi sesuatu kekuatan yang datang dari-Nya mestilah juga dengan kekuatan-Nya. Kekuatan yang paling kuat bagi menghadapi kekuatan yang dipunyai oleh dunia ialah kekuatan berserah diri kepada Allah s.w.t. Kembalikan semua urusan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w telah memberi pengajaran dalam menghadapi bencana dengan ucapan dan penghayatan:
Allah s.w.t yang menetapkan sesuatu perkara, hanya Dia sahaja yang dapat mengubahnya. Segala kekuatan, baik dan buruk, semuanya datang daripada-Nya. Oleh yang demikian jika mahu menghadapi sesuatu kekuatan yang datang dari-Nya mestilah juga dengan kekuatan-Nya. Kekuatan yang paling kuat bagi menghadapi kekuatan yang dipunyai oleh dunia ialah kekuatan berserah diri kepada Allah s.w.t. Kembalikan semua urusan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w telah memberi pengajaran dalam menghadapi bencana dengan ucapan dan penghayatan:
Kami datang dari Allah. Dan kepada Allah kami kembali.
Semua
perkara datangnya dari Allah s.w.t dan akan kembali kepada Allah s.w.t juga.
Misalnya, api yang dinyalakan, dari mana datangnya jika tidak dari Allah s.w.t
dan ke mana perginya bila dipadamkan jika tidak kepada Allah s.w.t.
Apabila
sesuatu maksud disandarkan kepada Allah s.w.t maka menjadi hak Allah s.w.t
untuk melaksanakannya. Nabi Adam a.s mempunyai maksud yang baik iaitu mahu
menyebarkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini dan menyandarkan maksud yang
baik itu kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.t menerima maksud tersebut. Setelah
Nabi Adam a.s wafat, maksud dan tujuan beliau a.s diteruskan. Allah s.w.t
memerintahkan maksud tersebut dipikul oleh nabi-nabi yang lain sehingga kepada
nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat ia
dipikul pula oleh para ulama yang menjadi pewaris nabi-nabi. Ia tidak akan
berhenti selama ada orang yang menyeru kepada jalan Allah s.w.t. Jika dipandang
dari segi perjalanan pahala maka boleh dikatakan pahala yang diterima oleh Nabi
Adam a.s kerana maksud baiknya berjalan terus selama agama Allah s.w.t
berkembang dan selagi ada orang yang mewarisi dan meneruskan perjuangannya ini.
Maksud
menyerah diri kepada Allah s.w.t, bersandar kepada-Nya dan menyerahkan segala
urusan kepada-Nya mesti difahami dengan mendalam. Kita hendaklah memasang niat
yang baik, dan beramal bersesuaian dengan makam kita. Allah s.w.t yang
menggerakkan niat itu dan melaksanakan amal yang berkenaan. Cara pelaksanaannya
adalah hak mutlak Allah s.w.t. Kemungkinan kita tidak sempat melihat asas yang
kita bina siap menjadi bangunan namun, kita yakin bangunan itu akan siap kerana
Allah s.w.t mengambil hak pelaksanaannya. Maksud dan tujuan kita tetap akan
menjadi kenyataan walaupun kita sudah memasuki liang lahad. Pada masa kita
masih hidup kita hanya sempat meletakkan batu asas, namun pada ketika itu mata
hati kita sudah dapat melihat bangunan yang akan siap. Rasulullah s.a.w sudah
dapat melihat perkara yang akan berlaku sesudah baginda s.a.w wafat,
diantaranya ialah kejatuhan kerajaan Rum dan Parsi ke tangan orang Islam semasa
pemerintahan khalifah ar-rasyidin. Sekalian nabi-nabi mursalin yang dibangkitan
sebelum Nabi Muhammad s.a.w sudah dapat melihat kedatangan baginda s.a.w sebagai
penutup dan pelengkap kenabian. Begitulah tajamnya pandangan mata hati mereka
yang bersandar kepada Allah s.w.t dan menyerahkan kepada-Nya tugas mengurus.
Tidak
ada jalan bagi seseorang hamba kecuali berserah diri kepada Tuannya. Semua
Hikmat dari yang pertama hinggalah kepada yang ke 33 ini, sekiranya
disambungkan akan membentuk satu landasan yang menuju satu arah iaitu berserah
diri kepada Allah s.w.t. tapi ana memohon maaf segala kesulitan,kerana tak semua
dapat di post kerana terlalu banyak.. Hikmat-hikmat yang telah dipaparkan
membicarakan soal pokok yang sama, disuluh dari berbagai-bagai sudut dan aspek
supaya lebih jelas dan nyata bahawa hubungan sebenar seorang hamba dengan Tuhan
ialah berserah diri, reda dengan lakuan-Nya. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan
kepada Ibnu Abbas r.a:
Apabila kamu bermohon,
maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada
Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu
membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk
kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian
makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t
buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah
terlipat dan segala pena telah kering.
So...jgn berhenti berdoa dan berusaha :)....